daisypath

Daisypath Friendship tickers

Followers

Sunday, March 18, 2012

..3 tips for your balance diet..=)

Sel lemak apabila ia membesar, ia akan menyebabkan kita bertambah
saiz atau dengan kata yang lebih singkat, gemuk. Dalam sel lemak
ada disimpan kalori untuk kegunaan semasa keadaan dimana kalori
yang kita makan kurang dari kalori yang kita bakar seharian.

Hari ni i nak tulis 3 tips bagaimana untuk buat sel lemak kita
tidak membesar dan sentiasa kecil supaya kita sentiasa langsing dan
bergaya. Yang paling penting kita sihat.
Tips 1
Kurangkan Karbohidrat, bukannya hapuskan langsung
Pernah dengar pelakon kita tak makan nasi selama setahun dan terus
jadi kurus? Mereka mungkin mengambil supplemen lain dengan nasihat
pakar, tapi kita tidak. Kita terus sahaja tak makan nasi. Akibatnya
sangat dahsyat.

Nasi sebenarnya bukanlah penyebab utama kegemukan. Apa yang patut
kita buat ialah susun semula pengambilan karbohidrat ni.

Sumber karbohidrat seperti nasi, roti, spagetthi, oat, mee. bihun
atau kentang, kita makan awal-awal lagi masa pagi. 
Tengahari pun kira OK.

Paling elok kita makan sebaik sahaja selepas kita senaman.

Waktu malam, time kita nak rehat, eloklah kita tak ambil
karbohidrat ni. Gantikanlah dengan sayuran, buah-buahan.

Dengan aturan seperti ini, kita akan makan karbohidrat semasa badan
kita telah bersedia untuk menerimanya menjadikan program diet kita
menjadi sangat berkesan dan efektif.
Tips 2 
Makan Raspberries..
Pakar pemakanan mengesahkan bahawa mereka menemui satu kumpulan
antioksidan yang sangat efektif dalam memberikan impak kepada
pengawalan berat badan kita pada peringkat genetik lagi. Ia
dinamakan
rasberry ketones.

Rasberry ketones ini meningkatkan kemampuan rembesan hormon yang
meningkatkan pembakaran kalori oleh badan walau tanpa kita bersenam.
Tips 3 - 
 Minum Teh Hijau..
Kalau Asilah amalkan yang ini, ia bukan sahaja mengecilkan sel
lemak, green tea boleh menghalang badan kita dari membina sel lemak
yang baru.

Kajian telah membuktikan bahawa antioksidan dalam teh hijau ini
akan membantutkan pertumbuhan sel lemak daripada menjadi matang.
Sel lemak yang matang adalah sangat sukar untuk kita kecilkan.

Teh hijau ni juga mengandungi kafein semulajadi yang apabila
bergabung dengan antioksidannya, ia terbukti boleh mengecilkan saiz
pinggang kita.

i think u all dah boleh mula minum teh hijau ni.

Oklah, semoga tips-tips di atas dapat membantu u all untuk terus
mengekalkan keadaan badan yang ideal dan terbaik.

No comments:

Post a Comment