daisypath

Daisypath Friendship tickers

Followers

Sunday, March 18, 2012

..within 365 days..=)

setiap kali tahun baru, kita akan ada azam baru. Untuk tahun ni, apakah azam u all? Masih aktif lagi tak usaha kita untuk capai azam tu? Mengikut kajian, 30% orang yang berazam, akan lupa azam dia sebaik sahaja bulan Januari tamat.
 
Manakala 50% lagi terlupa apakah azamnya selepas bulan Februari! Maknanya, hampir 8 orang dari setiap 10 orang yang berazam, akan lupa azamnya selepas Februari.
 
OK, kali ni saya nak kongsi tips macam mana untuk kita setkan azam untuk bersenaman sepanjang tahun, sebab i rasa u all pun tahu senaman ni sangat baik untuk badan kita. Malahan i boleh katakan senaman ni MESTI kita buat dan kita kena anggap keperluan senaman tu macam keperluan untuk kita makan setiap hari.
 
Langkah 1 - Setkan Matlamat
Apakah matlamat kita diakhir tahun nanti? Nak pakai seluar jeans lama yang kita simpan dari muda dulu? Mampu berlari sejauh 5 kilometer tanpa henti? Nak join anak main bola sekali? Nak turunkan berat badan?
 
Matlamat tu pula mestilah kita tuliskan kat satu tempat yang kita nampak setiap hari. Contohnya, dekat pintu bilik tidur. Bangun tidur je, kita baca matlamat kita sebelum kita buat kerja lain.
 
Langkah 2 - Setkan Jadual
Bila kita nak senaman? Paling elok 3-4 kali seminggu. OK, u boleh setkan Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Jika u tak senaman sebelum ini, mulakan dengan berjalan kaki selama 30 minit untuk hari-hari ini. Setkan terus masa yang spesifik.
 
Pastikan kita patuhi "appointment" yang kita dah buat ni. Inilah yang dikatakan disiplin.
 
Cuma satu perkara yang kita kena ambil berat, jadual kita ni mestilah yang mampu kita lakukan. Tak patut jika kita set kita punya jadual untuk senaman 2 jam sehari jika kita baru nak amalkan senaman.
 
Langkah 3 - Bayangkan Diri Asilah
Cuba bayangkan apa yang u akan capai nanti. Bentuk badan yang baru. Kesihatan yang baru. Kesegaran yang baru. Fesyen baju yang baru.
 
Kemudian bayangkan bagaimanakah keadaan kita semasa senaman tersebut dijalankan. Jika u nak hilangkan lemak bahagian pinggang ke atas, berjogging sahaja tidak akan membantu dengan cepat, u kena juga lakukan senaman angkat berat.
 
Langkah 4 - Pelbagaikan
Manusia memang cepat jemu. Jadi kita kena pelbagaikan aktiviti senaman kita. Selang-selangkan jenis senaman. Jogging, angkat berat, jungle tracking, jalan pantas, berbasikal, main badminton, regangan dan macam-macam lagi jenis senaman yang ada.
 
Bila kita lakukan banyak jenis gerakan, kita jadi lebih bersemangat dan masalah jemu tu tidak akan menjadi penghalang kita.
 
Langkah 5 - Cari Geng
Bila kita buat seorang-seorang, kita mudah jemu, semangat kurang dan tak ada orang yang boleh push kita untuk buat lebih baik.
 
Kalau dapat kawan yang sama matlamatnya lagi baik.
 
Langkah 6 - Dapatkan Peralatan/Kelengkapan
Kasut untuk jogging berbeza dengan kasut untuk main badminton. Baju untuk berenang lain jika dibandingkan baju untuk jungle tracking.
 
Kita perlu dapatkan peralatan yang sesuai agar satu lagi halangan untuk kita bersenaman boleh dielakkan sepenuhnya.
 
Langkah 7 - Berhati-hati dengan Kecederaan
Persediaan sebelum senaman seperti aktiviti regangan atau panaskan badan MESTI kita buat agar otot kita cukup anjal untuk pergerakan yang lebih kuat selepas itu.
 
Jika kita terasa otot kita tegang, buatlah regangan atau urutan. Jika terasa sakit, kita boleh letakkan ais, jika terluka, kita rawat. Kalau tak boleh rawat, elok kita ke klinik atau hospital untuk rawatan yang terbaik.
 
Perkara ni elok kita buat untuk elakkan sebarang halangan untuk kita capai matlamat yang kita dah tuliskan tadi.
 
Langkah 8 - Sabar
Untuk melihat perubahan pada usaha kita bersenaman ni ambil masa. Badan kita nak sesuaikan dengan keadaan baru bersenam ni juga akan mengambil masa. 2-3 minggu pertama kita akan rasa sengal-sengal di sini sana.
 
Jika kita bermatlamat untuk turunkan berat badan, penurunan sebanyak 1 hingga 1.5kg setiap minggu adalah tanda aras terbaik untuk kita setkan matlamat kita.
 
Jadi, kesimpulannya, kita kena bersabar dan terus mengikut jadual yang telah kita setkan sebelum ini.
 
Langkah 9 - Menilai Semula Matlamat
Setelah beberapa ketika, kita merasakan bahawa matlamat yang kita setkan awal tadi sudah menjadi terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kita capai.
 
Kita boleh pinda matlamat kita ni supaya ia menjadi lebih menepati keadaan kita. Kalau rasa macam betul-betul susah nak capai, adjust sikit supaya ia menjadi lebih realistik.
 
Matlamat yang selalu tidak dapat dicapai akan buat kita "down" dan usaha menjadi "zero".
 
Langkah 10 - Adjustment
Katakanlah kita dah set bahawa hari Isnin kena senaman 30 minit yang mana kita akan berjogging kat taman. Tapi petang tu hujan, maka janganlah kita batalkan terus "appointment" kita ni. Kita buatlah sedikit adjustment.
 
Mungkin kita boleh tukar aktiviti kepada mengangkat dumble, buat regangan, berlari setempat, naik turun tangga dalam rumah tanpa kena keluar.
 
Apabila kita buat sesuatu yang sedikit berbeza tetapi menjurus kepada matlamat yang sama, maka kita akan dapat meneruskan rentak pergerakan kita. Jika kita berhenti sekali, biasanya ia akan sangat susah untuk kita mulakan semula.
 
Langkah 11 - Raikan Kejayaan
Email sebelum ni masa saya tulis tentang Cara Kurangkan Berat Badan, no. (9) saya ada tulis pasal raikan kejayaan.
 
OK, selepas 3 bulan kita rancang matlamat setahun kita. Kita tengok balik "before" dan "after". Lihat perbezaannya. Tak kiralah dari segi penurunan KG ataupun ukur lilit. Kita harus raikan apa yang telah kita capai.
 
Belilah sedikit hadiah untuk diri kita sendiri. Baju senaman baru, tikar senaman yoga, alat senaman seperti stepper, cross trainer atau kalau ada duit lebih, kita beli treadmill.
 
Dengan cara ni, kita akan lebih bermotivasi untuk terus berusaha sehingga kita capai apa yang kita impikan.
 
 
Oklah, sekarang masih tidak terlambat lagi untuk kita capai semula matlamat yang kita impikan. Semoga tips-tips di atas akan dapat membantu.
 
Salam maju jaya!


 

..3 tips for your balance diet..=)

Sel lemak apabila ia membesar, ia akan menyebabkan kita bertambah
saiz atau dengan kata yang lebih singkat, gemuk. Dalam sel lemak
ada disimpan kalori untuk kegunaan semasa keadaan dimana kalori
yang kita makan kurang dari kalori yang kita bakar seharian.

Hari ni i nak tulis 3 tips bagaimana untuk buat sel lemak kita
tidak membesar dan sentiasa kecil supaya kita sentiasa langsing dan
bergaya. Yang paling penting kita sihat.
Tips 1
Kurangkan Karbohidrat, bukannya hapuskan langsung
Pernah dengar pelakon kita tak makan nasi selama setahun dan terus
jadi kurus? Mereka mungkin mengambil supplemen lain dengan nasihat
pakar, tapi kita tidak. Kita terus sahaja tak makan nasi. Akibatnya
sangat dahsyat.

Nasi sebenarnya bukanlah penyebab utama kegemukan. Apa yang patut
kita buat ialah susun semula pengambilan karbohidrat ni.

Sumber karbohidrat seperti nasi, roti, spagetthi, oat, mee. bihun
atau kentang, kita makan awal-awal lagi masa pagi. 
Tengahari pun kira OK.

Paling elok kita makan sebaik sahaja selepas kita senaman.

Waktu malam, time kita nak rehat, eloklah kita tak ambil
karbohidrat ni. Gantikanlah dengan sayuran, buah-buahan.

Dengan aturan seperti ini, kita akan makan karbohidrat semasa badan
kita telah bersedia untuk menerimanya menjadikan program diet kita
menjadi sangat berkesan dan efektif.
Tips 2 
Makan Raspberries..
Pakar pemakanan mengesahkan bahawa mereka menemui satu kumpulan
antioksidan yang sangat efektif dalam memberikan impak kepada
pengawalan berat badan kita pada peringkat genetik lagi. Ia
dinamakan
rasberry ketones.

Rasberry ketones ini meningkatkan kemampuan rembesan hormon yang
meningkatkan pembakaran kalori oleh badan walau tanpa kita bersenam.
Tips 3 - 
 Minum Teh Hijau..
Kalau Asilah amalkan yang ini, ia bukan sahaja mengecilkan sel
lemak, green tea boleh menghalang badan kita dari membina sel lemak
yang baru.

Kajian telah membuktikan bahawa antioksidan dalam teh hijau ini
akan membantutkan pertumbuhan sel lemak daripada menjadi matang.
Sel lemak yang matang adalah sangat sukar untuk kita kecilkan.

Teh hijau ni juga mengandungi kafein semulajadi yang apabila
bergabung dengan antioksidannya, ia terbukti boleh mengecilkan saiz
pinggang kita.

i think u all dah boleh mula minum teh hijau ni.

Oklah, semoga tips-tips di atas dapat membantu u all untuk terus
mengekalkan keadaan badan yang ideal dan terbaik.

Wednesday, February 16, 2011

..ayah..

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..



Sunday, February 13, 2011

..saya tak cantik..

Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, 

AKHIRNYA saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Thursday, February 10, 2011

^.^ Travel In Level 8..

ak ska sgt korean movie...kekadang tu smpi terpk na HUSBAND pon mcm korea...
bkan face cam korea..what i mean is dyeorg punye sifat romantik tu...
AHHHHH....sweet sgt...TAPI...ader ke org camtu kt MALAYSIA ni...hehehehe...
actually bkan ni yg ak na citer...huhuhuh....
08/02/2011...in this date..
we all g travel kt KOREA,CHINA AND JAPAN...dlm stu level je...
mle2 msok je mcm da terpegun...hohohoh..
."dpt gak ak g luar negara..."(padahal dlm stu bgunan yg ader kt MELAKA je)
hehehe..in DREAM lar ak na smpi luar negara...so kalo korg na taw lbih lanjut...
cuci2 lar mata korg yg bulat tu dgn pic2 yg CUTE ni...ohohohohohoh
..berpayung di KOREA..

di sebalik tirai merah

maharani of china??

..3 ladies from CHINA..

anak naga

..mira vs anis..

..besarnye tanglung ni..

..oversea..

WHO IS L.A.M.B.O.R.G.H.I.N.I ????



lamborghini ni KERETA ke??
NO..NO..NO...
diz is one group yg tetibe je wujud...
hahahaha...
da lar first group kne present...
BEL plak tu...mmg nervous tuh ta terkate..smpi melatah kot....
tapi ak tataw npe ak rse group ni best sgt bg ak...
thx to MIRA , EJA , FIRMAN ,ANIS....
we have do the best presentation...


comel an BUTTON tuh...
..L I K E..


<3<3<3
only a guy..
hohohohohohohoh